Monday 29 September 2014

Eonlipids,,,, miss u olls!

Rindu sgt kt korang semua! Apa kabar korang semua?rindu nak keje ngan korang lagi,,, oowwhhh,,,, miss u olls,,

Sunyiii.....

Bosan nyerr mlm ni,,, tak tau nk wat apa,,,, nk menulis pon xde feel...dah rasa bersawang plak blog ni,,, huhuhu,, lgpon skrg tgh fikir cara nk diet,, dah x tau nk wat camne,,,, nk bdn dulu,,,,, huhuhu

Sunday 8 June 2014

Sambal Sotong Bersama Petai

Bahan2 utk dikisar halus(*)
1/2 kilo sotong*
1  biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5-6 biji cili api merah*
Cili kisar*
Belacan*

Garam
Gula
Air asam jawa
Petai

Cara2
●Sotong dipotong dan air sotong perlu dikeringkan terlebih dahulu di atas api sehingga airnya keluar.
●Tumis bahan yang dikisar halus sehingga garing atau pecah minyak(5min 10min).
●Masukkan air asam jawa,garam dan gula dan biarkan sehingga agak pekat(garing).
●Kemudian masukkan sotong dan isi petai dan biar selama 5min dengan api perlahan.
●Sedia untuk dihidangkan....SELAMAT MENCUBA!!!

Pencuk ala Melaka

Resepi ringkas

Bahan2

1/2 biji nenas masak

1/2 biji timun

1/2 batang lobak merah

1biji bawang besar

2 batang cili merah

Garam dan gula

Cara2nya

Hiris semua bahan nipis2.Kemudian gaulkan semua bahan tersebut bersama gula dan garam.Taraaa...dah siap! Simple kan?

*gula dan garam ikut citarasa masing2 ea....Selamat mencuba!

Saturday 7 June 2014

Milikku Selamanya

3 tahun lalu......
"Ibu ampunkan Qaseh,.."Qaseh janji tak  buat lagi".
"Kenapa Qaseh buat ibu macam ni...Apa salah ibu pada Qaseh".
"Ibu, Qaseh tak bersalah ibu".
"Qaseh,ibu merayu pada Qaseh tolonglah pergi dari sini..Cukuplah setakat ini"
"Ibu......sampai hati ibu...."
2 tahun berlalu...
"Qaseh jom lunch!, dah pukul 12  tengahari  ni".
"Ok".
Sambil menikmati  nasi ayam di kedai  Citarasa Ku,tiba-tiba terasa tudung ku basah.Seolah-olah disiram air.Rasa oren sunkist lagi."Eermm,sedap jugak".Aku berkata di dalam hati..
"Ooh maafkan saya cik..Saya tak sengaja.Maafkan saya"..
"Takpe saya tak kisah.Saya......
"Kau!!!"
"Qaseh......"
Tanpa membuang masa aku terus bangun dan meninggalkan tempat itu.Aku terasa dikejar seseorang namun aku tetap meneruskan langkah kaki ku..Tiba -tiba lenganku di paut secara kasar.
"Qaseh tunggu dulu.."
"Apa yang kau nak lagi dari aku!.Tak cukup dengan apa yang kau dah beri dulu pada aku!!".
"Tak cukup lagi ker????"..
"Qaseh,abang ingin mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dari sayang".
"Sayang?? Dia sudah mati 5 tahun lepas....Yang tinggal hanya aku.Hanya aku......."
5 tahun yang lalu...
"Lambatnya  bas ni...Aku dah lewat nak pegi kolej ni.Macam mana ni ".
"Hai boleh berkenalan?"
"Awak jangan sibuk boleh tak?".
"Sombongnya dia.."
"Ishhh,aku tgh serabut nak ke kolej ni,dia pulak sibuk nak jual minyak urat kat sini pulak.."Aku berkata di dalam hati.
"

Monday 2 June 2014

Setiaku Milikmu

"Jangan apa-apakan saya.Tolong, saya tak terlibat langsung dalam hal ni!Tolong....lah encik...saya merayu jangan apa-apakan saya."Bawak dia  masuk!!
"Hei,, perempuan.dengar sini baik!! Laki kau tak mampu bayar hutang aku, jadi kau galang gantinya.Faham!!
Semenjak dari itu aku menjadi perempuan simpanan Sani a.k.a  David.Aku hidup sebatang kara.Membesar di rumah anak-anak yatim.Aku mengenali suamiku secara spontan.Tidak ku duga gara-gara perlanggaran di hadapan sebuah kedai buku membawa kami ke alam perkahwinan.Tapi sayang, panas tidak sampai ke petang..Aku ditinggalkan olehnya bersama hutang piutang yang tidak pernah ku duga yang akhirnya menjerat aku di sini bersama David.Setelah 5 tahun berlalu aku sudah mula lali dengan karenah David.Sehingga kan aku tidak lagi merasa takut dengan setiap herdikannya malahan menganggap satu hiburan dalam hidup aku.Seharian tidak mendengar suaranya membuat aku gelisah.Adakah aku jatuh cinta..Ya Allah ku mohon jangan Kau percikkan rasa cintaku pada insan bernama David ini.Tapi jauh di sudut hati aku merasa dia wujud dalam diriku.Apa istimewanya dia padaku ini..Rupa paras tidak sehebat mana tapi cukup buat diriku ingin terus  memandangnya tanpa berkalih atau berkelip walau sesaat.Semakin aku membenci semakin jiwa ini rasa menyayanginya..Walaupun dia seorang yang jahat tapi selama 5 tahun dia melayan ku dengan baik.Tidak sekalipun dia memukul atau menyeksa diriku melainkan mengherdik kerana tidak menurut arahannya..Malah yang benar-benar buat aku terharu pabila dia mrnyambut harijadi ku..Sedangkan satu ketika dulu suamiku tidak pernah berbuat demikian.Adakah aku membutakan diri hanya kerana nafsu dan kasih sayang tidak seberapa itu.Ya Allah,Kau bantulah aku untuk diberi petunjuk ke jalan yang benar.Salah kah aku menaruh harapan pada yang sudi., Salah kah aku jatuh cinta pada lelaki yang dibenci masyarakat.Salah kah aku bila berharap diaberubah walaupun itu pasti tidak berlaku..
"Saleha!!! Aku nak mandi.Kau pekak ke? Sediakan air mandian aku".
Hhmm, aku tetap menanti kau berubah Sani.Biarlah dunia memanggil aku bodoh atau apa saja, aku tetap setia di samping mu.Kerana hatiku telah kau miliki sayangku.