"Jangan apa-apakan saya.Tolong, saya tak terlibat langsung dalam hal ni!Tolong....lah encik...saya merayu jangan apa-apakan saya."Bawak dia masuk!!
"Hei,, perempuan.dengar sini baik!! Laki kau tak mampu bayar hutang aku, jadi kau galang gantinya.Faham!!
Semenjak dari itu aku menjadi perempuan simpanan Sani a.k.a David.Aku hidup sebatang kara.Membesar di rumah anak-anak yatim.Aku mengenali suamiku secara spontan.Tidak ku duga gara-gara perlanggaran di hadapan sebuah kedai buku membawa kami ke alam perkahwinan.Tapi sayang, panas tidak sampai ke petang..Aku ditinggalkan olehnya bersama hutang piutang yang tidak pernah ku duga yang akhirnya menjerat aku di sini bersama David.Setelah 5 tahun berlalu aku sudah mula lali dengan karenah David.Sehingga kan aku tidak lagi merasa takut dengan setiap herdikannya malahan menganggap satu hiburan dalam hidup aku.Seharian tidak mendengar suaranya membuat aku gelisah.Adakah aku jatuh cinta..Ya Allah ku mohon jangan Kau percikkan rasa cintaku pada insan bernama David ini.Tapi jauh di sudut hati aku merasa dia wujud dalam diriku.Apa istimewanya dia padaku ini..Rupa paras tidak sehebat mana tapi cukup buat diriku ingin terus memandangnya tanpa berkalih atau berkelip walau sesaat.Semakin aku membenci semakin jiwa ini rasa menyayanginya..Walaupun dia seorang yang jahat tapi selama 5 tahun dia melayan ku dengan baik.Tidak sekalipun dia memukul atau menyeksa diriku melainkan mengherdik kerana tidak menurut arahannya..Malah yang benar-benar buat aku terharu pabila dia mrnyambut harijadi ku..Sedangkan satu ketika dulu suamiku tidak pernah berbuat demikian.Adakah aku membutakan diri hanya kerana nafsu dan kasih sayang tidak seberapa itu.Ya Allah,Kau bantulah aku untuk diberi petunjuk ke jalan yang benar.Salah kah aku menaruh harapan pada yang sudi., Salah kah aku jatuh cinta pada lelaki yang dibenci masyarakat.Salah kah aku bila berharap diaberubah walaupun itu pasti tidak berlaku..
"Saleha!!! Aku nak mandi.Kau pekak ke? Sediakan air mandian aku".
Hhmm, aku tetap menanti kau berubah Sani.Biarlah dunia memanggil aku bodoh atau apa saja, aku tetap setia di samping mu.Kerana hatiku telah kau miliki sayangku.